QIRAAT adalah satu ilmu yang membincangkan cara membaca lafaz-lafaz setiap perkataan al-quran , yang mana sesetengah daripadanya memang berbeza . Perbezaan tersebut diakui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. keran baginda sendiri yang memulakannya. Hal ini dinyatakan dalam hadis nabi yang berbunyi :
"ibnu Abbas telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud , jibril telah membaca al-quran kepadaku dengan satu huruf (jenis bacaaan) ,maka aku membaca huruf tersebut dan setiap kali aku meminta tambahan lalu ia mengajarkan kepadaku sehingga terkumpul tujuh huruf"
(hadis riwayat Bukhari)
Ilmu qiraat telah membuatkan bacaan al-quran lebih beragam dan berwarna-warni. melalui qiraat,ia telah menyerlahkan lagi kepelbagaian koleksi 'mukjizat' al-quran untuk terus menarik hati dan minat pembacanya.
ADAKAH QIRAAT BERBEZA DENGAN ILMU TAJWID..??
YA! ia memang agak berbeza. Tajwid seperti yang kita fahami adalah ilmu memperelokkan bacaan al-quran dan ia disusun berdasarkan bacaan riwayat Imam Hafs An' A'sim. sementara qiaat pula ialah kepelbagaian cara bacaan al-quran daripada Rasulullah s.a.w. yang dikumpulkan melalui 10 gaya bacaan imam qiraat. setiap imam memiliki teknik bacaan atau tajwidnya tersendiri yang agak berbeza dengan tajwid yang kita kuasai. ada baiknya jika saya datangkan satu perbandingan yang akan membuatkan ia lebih mudah difahami,tajwid diibaratkan seperti matematik moden sementara qiraat pula leih seprti matematik tambahan @ 'add math'. jika ada yang beranggapan bahawa ilmu tajwid sudah agak kompleks untuk dikuasai,saya ingin memberitahu ilmu tajwid dengan segala keserba-serbiannya itu hanyalah lima peratus sahaja dari ilmu qiraat. Besar bezanya bukan?
gambar Hiasan
No comments:
Post a Comment