Thursday, March 28, 2013

......seminggu cutii...balik kg!

                                     ku lihat hijau.....oh tenangnya dikampungku ..


  • Seminggu bercuti rehat kat kampung terchenta....Tujuan balik pun untuk face to face dengan mak & ayah hehe... rindu mereka berdua...!!!`
  • ---> hari pertama terus pergi kenduri walimah kawan satu kelas sekolah menengah dulu ( tumpang kereta kawan jer..Alhamdulillah kiteorang dapat jejak kasih ...mizz u all :)
  •  ---> hari kedua..balik kampung ayah dan mak jumpe saudara-mara terdekat.
  •  ---> hari ketiga, jalan-jalan cari makan hehehe...kat Terengganu jer..wif family ( my sister n brother in law )-padahal dah banyak kali pergi ...rancang nak pergi Kuantown..sampai Terengganu jer.
  •   ---> hari keempat...ade kat umah jerr ..baru berkesempatan memandu dengan kereta ayahku auto jer...akibat lame x drive..puseng2 kampong ..Dalam hati aku kena pandu slow ker..? Alamak.. tak retilah.. camane ek..hehhe..rilex jer,,dont worry..bile dh start jalan jgak sampailah ke destinasi yang nak pergi tue..alhamdulillah okay,,''
  •   ---> hari kelima..sabar menunggu kepulangan abang sulong dengan anak2nya a.k.a anak buah nak balik kampung katanya.''
  •  .---> hari keenam ada buat makan2 kat rumah...jemput jiran2 terdekat..jamuan laksa/laksam...myfavourite ape lagi Laksa Peneng hihi  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..  gambar akan diupload kemudian sebab masih tersimpan dalam NIKON.
  •  .--->hari ketujuh...sempat pergi ke bandar Kota Bharu..ada nak cari barang,tp yang bestnyerr dapat ikut adik bongsu dan kawan2nya masuk Stadium Sultan Muhammad iv.Hari yang sama ade Karnival Jom Masuk U yang berlangsung selama 2 hari..MasyaAllah fuhhh ramainya manusia yang memenuhi stadium..program ni bagus sebenarnya untuk mendedahkan kepada pelajar lepasan spm/stpm.Kami berlima masuk dewan IPTA & dewan IPTS lebih kurang 3 jam .
  •  Alhamdulillah dah balik ke tempat asal ler ni.
  • esok dah start sekolah semula...                                                                                                         (Ya Allah, hadirkan mood untuk saya mengajar dengan ikhlas..:)

    seminggu cuti terasa bagaikan sehari je cuti...
    pejam celik.. pejam celik... eh! dah habis cuti ye?!
  • psstt: Sempat update blog.. padahal kerja berlambak.. tak kira.. nak update jugak.
  • last psstt: Ok.. dah boleh sambung kerja balik..




                                                             
                                                                  yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus-Yus
                                                                   -yus Dulu kini& selamanya.-





jom baca surat cinta Allah.....





Makes Al-Quran your bestfriend and Al-Quran will be your bestfriend in Akhirah :)


                                                                     yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS
                                                                        -yus Dulu kini& selamanya.-




Dear My Future Husband..........♥♥♥



                   Pertemuan itu ada, tetapi jodoh tetap kekal sebagai rahsiaNya. (",)








                                                                              yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus 

                                  -yus Dulu kini& selamanya.-







Monday, March 25, 2013

HAKIKAT DUNIA YANG SEMENTARA....






 Apabila kamu tidak menjadi PENULIS yang memberi MANFAAT kepada orang lain,,

Maka jadilah PEMBACA yang memberi MANFAAT kepada dirimu sendiri..


Renungan bersama.."-)

                                                                         
                                                                   yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus  
                                                                  -yus Dulu kini& selamanya.-




Thursday, March 21, 2013

allughatul `arobiah allughatul jannah....''






 Apabila kamu tidak menjadi PENULIS yang memberi MANFAAT kepada orang lain,,

Maka jadilah PEMBACA yang memberi MANFAAT kepada dirimu sendiri..


Renungan bersama.."-)

                                                                         
                                                                   yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus  
                                                                  -yus Dulu kini& selamanya.-




Wednesday, March 20, 2013

Niat dulu yang penting....Impianku~!

Selepas Subuh tadi, selalu akan tonton  Tv9 rancangan Muqodimah dan Tanyalah Ustaz. Tajuk slot Muqodimah hari ini  "Antara Kahwin & Haji"

SENYUM saya!hehe.. Pasti yang  single macam saya menyimpan duit dengan hajat nak kahwin dan tunai umrah dan haji! Tetapi mana keperluannya perlu didahulukan?

Berbalik kepada hukum berkahwin itu yang mana boleh jadi harus, sunat, makruh dan haram. Adalah baik niatkan nak tunai haji bersama suami, kerana orang perempuan tidak boleh pergi tanpa ditemani mahram atau suaminya.

Maka, berkahwinlah dahulu tetapi mesti niat & berusaha nak sampai ke Tanah Suci itu. Jangan jadikan alasan bila mampu.. Sebenarnya kita mampu bila mahu!

Ok, jom kumpul duit untuk kedua-duanya :)
p/s : {  kalau dah ada cukup duit & jodoh belum sampai...pergi sajalah }
                                  ( Labbaik..........)




Tuesday, March 19, 2013

Gambar Peristiwa : MTQ Sekolah Rendah 27 / 2 / 2013

Ni cerita paling basi...huaaaaaaaa......setelah berpeluang kali ini baru teringat bahawa ada entri
yang belum dipos. Tak pe la kan.....lambat dan tak ikut turutan pun takpe. Entri ni mesti dibuat jugak sbb ni la buat pertama kali SK Ampang tuan rumah MTQ...tahniah kepada semua guru-guru kerana dapat sama2 menjayakan majlis ini....Tahniah kepada semua pemenang!!

MAJLIS TADARUS AL QURAN 2013

Hari : Rabu
Tarikh : 27.2. 2013
Masa : 8.30 Pagi - 2.00 Petang

Tema : Al-Quran Penjana Wasatiah Ummah



                            i ) lokasi musabaqah tadarus al-quran  ( L ): Bilik JQAF



                
                    Peserta dari tahun 4 : adik M.Daniel Kiezman



  ii) lokasi musabaqah tadarus al-quran  ( P  ): Surau Sekolah


iii ) Penjaga masa yang setia  ,Barisan para Hakim yang bijaksana 


 

iv) Bertugas : Penjaga Masa di hari kejadian



v ) Barisan -barisan wakil-wakil sekolah yang akan mengharumkan nama sekolah sedang mendengar taklimat sebelum kejadian bersama Puan Guru Besar.


Masing-masing berdebar  ('',)'',


 Peserta Hafazan ( L )
Lokasi : Bilik KSSR
 

Peserta Hafazan ( P )
Lokasi : Bilik Gerakan


Para Peserta Nashid siap sedia ke pentas .

 Diumumkan sebagai pemenang wakil Tuan Rumah ...terbaeeeeeeeeeeeek!~


Alhamdulillah...Peserta Kompang yang mewakili sekolah dinobatkan sebagai Juara dan akan bertanding ke peringkat Daerah...tahniah!!



Peserta Nashid Perempuan sedang mengalunkan lagu nashid.( x ingat name sekolah )



Peserta Nashid Perempuan....suara dan lagu-lagu best yang dialunkan sangat sengit.





    yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus  
     -yus Dulu kini& selamanya.-
 




Kisah 50 sen.


 
Kringggg.............. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Aidil? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab Aidil ringkas.

Kenapa Aidil tak rehat? Jawab Aidil "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Aidil tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab Aidil dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.Betul cakap mak awak Aidil.Sesungguhnya setiap rezeki datangnya dari Allah swt.

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yg diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.Insya Allah.

Bagaimana pula dengann kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
 
 




Saturday, March 16, 2013

InsyaAllah.."

Ya Allah..daku ingin menjadi seperti Siti Khadijah yang agung sebuah cinta yang memperjuangkan hartanya fisabilillah sebagai Siti Aisyah abdi dalam setia tiada rasa payah sperti puteri solehah Siti Fatimah,akur tanpa lelah setiap perintah dan bukannya daku ingin menjadi penggoda dari sejarah Siti Zulaikha semakin menjadi marahku ingin sekali daku mengutip serpihan kesabaran yang menyerlah dari catatan hidup Siti Hajar mengendung puteranya yang mati merah ditengah terik padang pasir merekah..

Relakanlah daku menjadi wanita solehah yang rela mati dalam keunggulan iman..terpancang gagah bagai harumnya pusara Masyitah..Amin ya Rabb..


 
i) Gambar sekadar hiasan  




 

                yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus 

          -yus Dulu kini& selamanya.-





Friday, March 15, 2013

salam sayyidul ayyam :)



perbanyakkan selawat kawan2.. moga dapat bersama Rasulullah s.a.w di syurga.. aamiin.. sollu 'alan nabi! ^^


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
 
 
"Ya ALLAH,cantikkanlah akhlak kami seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati kami bagai tenangnya air di tasik,dan serikanlah wajah kami bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."

Aamiin....:)
 
                                                        yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus 
                                  -yus Dulu kini& selamanya.-





Wednesday, March 13, 2013

Senyum wahai teman....(",)




Ya Allah jadikanlah aku sebagai orang yang sentiasa bersyukur dan tidak berputus asa.




            yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus 

           -yus Dulu kini& selamanya.-




Tuesday, March 12, 2013

La Tahzan Innallaha Ma'ana


 Alhamdulillah....kehidupan ini perlu merancang supaya hidup kita lebih teratur, namun setiap rancangan kita perlu diiringi dengan USAHA & DOA..jangan kecewa jika apa yang dirancang tidak menjadi sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang.. =)





Sunday, March 10, 2013

TAUBAT...!!! Kenapa kita perlu bertaubat :








1. Setiap anak Adam mesti ada membuat kesilapan kerana setiap manusia dianugerahkan nafsu. Orang yang baik adalah apabila dia berbuat salah dia akan terus bertaubat kepada Allah sekurang-kurangnya dengan beristighfar.

2. Setelah orang tersebut berbuat keji, maka dia sedar dengan kesilapannya, dia berzikir dan beristighfar kepada Allah dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

Cara-cara bertaubat:

1. Melalui perbuatan—menyesal dengan apa yang telah kita lakukan
 
• Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama

• Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya

• Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini

• Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang itu

• Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan

2. Melalui lisan---beristighfar

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
 
“Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar."

Syaitan akan terbakar apabila kita mengucap kalimah Lailaha illallah…..dan istighfar. Syaitan sering memerangkap manusia itu dengan sikap riak dan takbur dengan menganggap kita adalah yang terbaik.

Taubat tidak sempurna kalau:
 
1. Kalau tidak menambah ilmu
2. Kalau tidak bertambah amalannya
3. Kalau akhlaknya tidak bertambah baik
4. Masih menyimpan perasaan marah dan benci kepada orang lain

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: Wahai para hamba-Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendirinya, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Mengampuni semua dosa dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

Saudaraku yang berbuat dosa, janganlah kalian berputus asa terhadap rahmat RabbMu kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka sampai matahari terbit dari arah barat.

Nabi SAW bersabda,

إن الله عز وجل يبسط يده بالليل ليتوب مسيء النهار، ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل، حتى تطلع الشمس من مغربها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala membentangkan tangan-Nya di malam hari untuk menerima taubat hamba yang berdosa di siang hari. Dan Allah Ta’ala membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat hamba yang berdosa di malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (HR. Muslim).

Betapa banyak orang yang bertaubat atas dosa-dosanya yang besar dan Allah menerima taubat mereka. Allah ta’ala berfirman,

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا ( ) يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا ( ) إِلَّا مَنْ تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesembahan lainnya dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan alasan yang benar, dan tidak berzina dan barangsiapa yang melakukan demikian itu nescaya dia mendapat hukuman yang berat. (Yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam adzab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang.” (QS. Al-Furqan : 68-70)

Pesanan buat diri dan sahabat fillah.



Saturday, March 9, 2013

10 CARA UNTUK MERAIH CINTA ALLAH S.W.T (^_^)



1. Membaca Al-Quran dengan tadabbur dan memahaminya dengan baik.

2. Mendekatkan diri pada Allah dengan solat sunat setelah mengutamakan solat wajib.


3. Selalu berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan, dan perbuatan.

4. Mengutamakan kehendak Allah dalam segala keadaan.

5. Menanamkan dalam hati nama-nama dan sifat-sifat Allah dan memahami maknanya.

6. Bersyukur kepada Allah dalam setiap perkara yang telah ditentukan olehNya.

7. Sentiasa tawadduk (rendah diri) kepada Allah.

8. Selalu bangun malam untuk beribadah, bermunajat dan membaca kitab suciNya.

9. Banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh juga mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.

10. Jangan mendekati perkara-perkara yang menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah s.w.t.       




                                                                              yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus 
                                  -yus Dulu kini& selamanya.-

                                




Friday, March 8, 2013

Sudah tiba masanya Rakyat membuat keputusan....


Dari semasa ke semasa semua rakyat Malaysia ternanti-nantikan pengumuman yang akan diputuskan oleh Perdana Menteri..Bila>?????????

Dah genap 5 tahun parlimen belum juga bubar.









Thursday, March 7, 2013

Tazkirah Subuh : LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT



Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"...

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...

Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....


                                                                                                                                  yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus  
                                                                                                                                -yus Dulu kini& selamanya.-




Wednesday, March 6, 2013

sMile aLWaYs....>< Senyum SokmO (^_____________________________^)




SENYUMAN pasti akan dibalas dengan SENYUMAN. Kalau tidak dibalas pun, ALLAH tetap akan membalasnya dengan PAHALA! :)

Moga kehidupan kita hari ini lebih BAIK daripada SEMALAM... Aamiin..

^___^




Monday, March 4, 2013

AMANAH DARI ALLAH S.W.T

 

Selamat pagi semua. Sahabat-sahabat yang bekerja, pastikan bekerja kerana Allah, insyaAllah pekerjaan itu akan jadi ibadah.

Mudah sahaja untuk mendapatkan pahala..Subhanallah! ♥




Selamat Beramal ~~~~




Menghirup udara malam.

Terasa insaf melihat tarbiyah kehidupan.




Sunday, March 3, 2013


 
Bismillahir Rahmanir Rahim dan salam pagi ceria. Selamat menjalankan amanah untuk semua teman yang bekerja pada hari ni dan selamat berehat bersama keluarga dan kawan-kawan untuk semua yang bercuti hujung minggu. Syukur alhamdulillah, bertemu lagi kita hari ni. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kita menjalankan amanah-Nya sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Selagi nyawa masih di badan, bermakna kita jangan lepaskan peluang.

Hari ni kita jaga tutur-kata kita, jaga tulisan kita, jaga masa kita, jaga pakaian kita agar lengkap menutup aurat, mudah untuk kita menunaikan solat di mana-mana sahaja, jaga pergaulan kita agar tidak terjebak dalam maksiat. Audit diri kita sebelum Allah ambil nyawa kita.




Saturday, March 2, 2013

2 WIRA NEGARA TERKORBAN!!!!!!

 
APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI LAHAD DATU SABAH???...

Bagaimana pula pengganas boleh masuk ke sempadan Malaysia di sana....? Sedangkan sempadan itu sewajibnya berada di bawah pengawasan tentera....dan sebagaimana kita ketahuI bahawa tentera Malaysia adalah diantara yang cekap dan terlatih sejak di bawah pemerintahan British lagi.

Bagaimana sekumpulan tentera asing boleh masuk ke dalam negara ini siap bawak senjata pulak tu...macam nak buat drama swasta atau bersiri gerak khas.....

Ada dakwaan dari kerajaan Filipina bahawa adanya kuasa yang berpengaruh yang membantu kemasukan tentera penceroboh ke negara ini ..jika benar sila siasat....

Sultan Sulu atau sesiapa daripada kerabatnya tidak pernah-pernah nak tuntut wilayah negaranya...kenapa sekarang baru nak tuntut..dan kenapa tak gunakan kaedah perbicaraan mahkamah antarabangsa sebagaimana yang dibuat oleh Singapura...mengapa mesti menumpahkan darah sesama Islam?

Mengapa pula dihantar komando polis...tidak dihantar tentera darat ataupun komando tentera yang sudah pastinya lebih memahami dan berpengalaman.....

Banyak perkara yang bermain di benak pemikiran rakyat malaysia yang memerlukan
penjelasan......semoga kematian anggota polis komando kita tidak sia-sia kerana pengorbanan mereka amat tinggi....semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan
memasukkan dia bersama pejuang yang diampuni dosanya......

Buat keluarga arwah...takziah....semoga Allah jualah yang akan menunjukkan kuasa dan kekuatannya bagi mendapatkan kebenaran.......





Friday, March 1, 2013

Membaca Surah al-Kahf Hari Jumaat: Sunnah Yang Diabaikan



 
Surah ini  merupakan salah satu surah dalam  al-Quran yang mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan sebagaimana sabdaan nabi saw. Akan tetapi surah ini terpinggir daripada menjadi amalan kaum muslimin. Terutama membacanya hari atau malam Jumaat.
Kebanyakan orang Islam di Nusantara membaca surah Yasin yang dikhususkan pada malam Jumat dengan harapan mendapatkan keutamaannya. Namun sayangnya, semua hadis yang menerangkan keutamaan surah Yasin tidak mencapai darjat sahih. Bukan tidak boleh membacanya, amalan pengkhususan membaca surah Yasin pada malam Jumaat dan mengabaikan surah yag sepatutnya dibaca iaitu surah al-Kahf bertentangan dengan tunjuk ajar Rasulullah saw.
Mungkin ramai yang tahu keutamaan surah al-Khaf namun tidak mampu membacanya kerana surah ini agak panjang iaitu mempunyai 110 ayat iaitu 11 muka lebih ( Mushaf Uthmaniy). Membaca surah ini secara keseluruhan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Amat sesuai dibaca selepas solat maghrib sementara menunggu waktu Isyak.
Membaca surah al-Kahf ini dengan ikhlas, beriman dan menghayati isi kandungannya serta berusaha mengamalkannya akan memperoleh keutamaan yang sangat besar sebagaimana penjelasan yang disampaikan nabi saw.
Berikut ini akan dikongsikan hadis-hadis tentang keutamaan surah Al-Kahf.
1- Peroleh cahaya di antara dua Jumaat dan pada hari kiamat.
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ »
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al-kahf pada hari Jumaat, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat.”
(Diriwayatkan oleh Al-Hakim, Al-Baihaqi dan dinilai sahih oleh al-Albaniy)
Nur (cahaya ) yang disebutkan dalan hadis di atas boleh jadi ‘nur ma’nawiy’ dengan makna sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka ia akan menjadi penghalang daripada melakukan maksiat, memberi petunjuk ke jalan yang benar di antara dua Jumaat sebagaimana seseorang itu diterangi dengan cahaya.

Maksud yang kedua bagi cahaya ialah ‘nur hissi’ dengan maksud sesungguhnya cahaya itu menerangi wajahnya pada hari kiamat dan di dunia wajahnya juga bercahaya dan cantik. Tafsiran yang kedua ini lebih tepat dengan hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a :

من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة سطع له نور من تحت قدمه إلى عنان السماء يضيء له يوم القيامة، وغفر له ما بين الجمعتين. أخرجه المنذري في الترغيب والترهيب
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka cahaya akan menerangi untuknya dari bawah tapak kakinya hingga ke langit dan menerangi untuknya pada hari kiamat serta diampunkan untuknya di antara dua Jumaat”. ( dinukilkan oleh al-Munziriy dalam al-targhib wa al-Tarhib)
2- Penyelamat daripada fitnah Dajjal. 
عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : « مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ » وفي رواية ـ من آخر سورة الكهف ـ
Dari Abu Darda’ radhiyallahu anhu, bahwa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-kahf, niscaya dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal. Dan di dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surah Al-kahf.” (Imam Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Al-Baihaqi).
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « من قرأ سورة الكهف كما أنزلت ، كانت له نورا يوم القيامة من مقامه إلى مكة ، ومن قرأ عشر آيات من آخرها ثم خرج الدجال لم يسلط عليه ، ومن توضأ ثم قال : سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، كَتَبَ فِي رَقٍّ ثُمَّ طُبِعَ بِطَابَعٍ فَلَمْ يُكْسَرْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ»
Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa membaca surah Al-kahf sebagaimana diturunkannya, maka surah ini akan menjadi cahaya baginya pada hari Kiamat dari tempat tinggalnya hingga ke Mekah. Dan barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-kahf lalu Dajjal keluar (datang), maka Dajjal tidak akan membahayakannya. Dan barangsiapa berwudhu lalu ia mengucapkan;
“SUBHAANAKALLOHUMMA WABIHAMDIKA ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLAA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIKA” (artinya: Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memuji-Mu, aku bersaksi bahwa tiada sesembahan yang haq diibadahi selain Engkau, aku memohon ampunan dan aku bertaubat kepada-Mu), maka ia akan ditulis pada lembaran putih yang bersih, kemudian dicetak dengan alat cetak yang tidak akan robek sampai hari Kiamat.”(An-Nasa’i, Al-Tabarani, Al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Albaniy)
3- Peroleh keampunan Allah di antara dua Jumaat
Maksud hadis riwayat Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda :
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka cahaya akan menerangi untuknya dari bawah tapak kakinya hingga ke langit dan menerangi untuknya pada hari kiamat serta diampunkan untuknya di antara dua Jumaat”. ( dinukilkan oleh al-Munziriy dalam al-targhib wa al-Tarhib)
Demikianlah beberapa hadis sahih tentang keutamaan dan keagungan surah Al-kahf. Mudah-mudahan kelebihan yang dikongsikan ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk sentiasa membacanya pada malam dan hari Jumaat.
Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjukNya kepada kita semua untuk mengamalkan surah al-Kahf pada setiap Jumaat.
 
Wallahu Ta’ala A’lam.