Sunday, July 14, 2013

Pelaksanaan Program Ihya' Ramadhan Di Sekolah Rendah / Sekolah Menengah pada tahun 2013 / 1434H

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Guru Besar / Pengetua
Sekolah Rendah / Sekolah Menengah
Tuan,
Pelaksanaan PROGRAM Ihya’ Ramadhan  di Sekolah Rendah / Sekolah Menengah pada tahun 2013 / 1434H
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan usaha mempertingkatkan amalan penghayatan Islam di kalangan murid-murid, guru dan kakitangan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri mencadangkan agar setiap sekolah menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang difikirkan sesuai di peringkat sekolah kepada murid-murid, guru dan kakitangan beragama Islam.
3.         Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan hendaklah dirancang dengan rapi agar matlamatnya tercapai. Setiausaha Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) dan Panitia Pendidikan Islam hendaklah merangka aktiviti di sekolah masing-masing.
4.         Pihak sekolah juga dikehendaki menghantar laporan pelaksanaan aktiviti secara dalam talian melalui portal www.spiperak.bpi.edu.my dan satu salinan (secara hardcopy) kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 13 September 2013.
5.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pihak berkenaan.
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Dakwah & Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam



No comments:

Post a Comment