skip to main |
skip to sidebar
Kisah 50 sen.
Kringggg.............. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Aidil? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab Aidil ringkas.
Kenapa Aidil tak rehat? Jawab Aidil "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat
kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur
panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari
esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat
kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Aidil tertunduk malu.
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih
ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang
50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar
ertinya.
Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu.
Jawab Aidil dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita
akan bertambah.Betul cakap mak awak Aidil.Sesungguhnya setiap rezeki datangnya dari Allah swt.
Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan
bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya
Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki
mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh
macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yg diberi untuk makan,
dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan
yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi
seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya
lebihkan sedekah dan berinfak.Insya Allah.
Bagaimana pula dengann kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
No comments:
Post a Comment