skip to main |
skip to sidebar
Tazkirah Subuh : LIHATLAH KEHEBATAN IMAN SEEKOR SEMUT
Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi
Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi
Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu
yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki
datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus
ini ada rezeki untuk ku"...
Lantas Nabi Sulaiman a.s pun
bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang
engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"...
Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh
dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam
bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi
Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh
semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong
pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini
sudah sebulan tapi kamu makan setengah"...
Jawab semut, "Aku
tidak berbohong, aku tidak berbohong!. Kalau aku ada di atas batu aku
pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya
daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu
masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu
dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja
supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa"...
Itulah Iman Sang Semut... Iman kita bagaimana pula?... apakah sehebat iman Sang Semut?... Ayuh kita renungkan....
yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus
-yus Dulu kini& selamanya.-
No comments:
Post a Comment