Tuesday, June 11, 2013

Ujian Adalah Sunnah KehidupaN.........hebat perancangan Allah swt

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
156. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
157. mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.
(Surah Al-Baqarah)
KETERANGAN
Kehidupan manusia adalah ujian. Ujian bukanlah bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang bahkan sebagai pemangkin untuk meninggikan tahap keimananan seseorang. Manusia yang berakal akan sentiasa positif dalam menghadapi ujian.
1. Jenis-jenis ujian daripada Allah 
a. Ketakutan
Takut adalah satu sifat yang ada pada manusia. Sekuat mana pun manusia, pasti akan ada perasaan takut. Takut kepada mati, takut kepada makhluk lain dan sebagainya. Manusia memang dibekali dengan sifat takut namun ketakutan itu tidak harus melebihi daripada ketakutan kepada Allah. Firman Allah swt dalam Surah Annuur ayat 55:
dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku.
b. Kelaparan
   Makhluk di muka bumi semuanya memerlukan makanan. Makanan yang baik akan menghasilkan sifat dan naluri yang baik. Oleh sebab itu Allah menyuruh manusia untuk memakan benda-benda yang baik. Kelaparan akan menyebabkan manusia tidak stabil sama ada dari segi zahir atau batin. Justeru Nabi berpesan supaya makan sebelum lapar. 
    c. Kekurangan harta
Harta adalah salah satu daripada keperluan hidup. Oleh itu manusia berlumba-lumba untuk mencari dan mengumpul seberapa banyak harta. Pengurangan harta benda sesudah bersusah payah mendapatkannya akan menyebabkan jiwa manusia yang tidak beriman akan  meracau seterusnya akan menjadikan tindakannya tidak menentu. 
d. Kekurangan jiwa
Secara amnya, makhluk diberi fitrah menyayangi dan berkasih sayang. Jika mereka disentap dengan kematian orang yang disayangi, kadang-kadang dia tidak dapat menerima takdir bahkan tidak redha.
    e. Kekurangan bekalan/hasil
Semua kejadian alam adalah tadbir urus dari Allah. Kemarau panjang, hujan berterusan adalah penentuan dari-Nya, justeru manusia perlu memohon anugerah dan limpah kurniaan-Nya.



2. Cara menangani ujian 
a. Kawalan emosi
Minda yang jernih akan meneliti dan membuat koreksi terhadap perkara yang menimpanya 
   b. Kawalan hati
Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam jasad ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, itulah hati
Jangan biarkan syaitan menusuk jarumnya: Firman Allah dalam surah AlHijr ayat 42:
 "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang Kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa Yang menurutmu dari orang-orang Yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
   c.  Kawalan tindakan:
i. Lidah mengungkapkan perkataan yang baik
ii. Tangan tidak melakukan tindakan melampau
iii. Kaki tidak melangkah ke tempat yang tidak elok
iv. Badan melakukan solat
3.      Hasil menangani ujian dengan baik
a. Keampunan dari Allah
b. Mendapat keprihatinan Allah
c. Mendapat hidayah dari Allah






Saturday, June 8, 2013

Aku menulis bukan kerana nama........''





Untuk layak dinobatkan sebagai juara seorang pesilat harus menyingkirkan semua saingannya......... Tetapi di gelanggang keilmuan, aturan mainnya berbeza, tidak ada singkir menyingkir, yang berlaku adalah adab saling hormat, saling menghargai dan saling memerlukan.

Kaum ilmuwan tampil dengan kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza.

Setiap orang mempunyai kelayakan sendiri.

Dunia persuratan adalah medan kesalingan, bukan gelanggang persaingan....~

                                                          - yus......dulu kini & selamanya...-





     







Thursday, June 6, 2013

salam Isra` wa Mi`kraj

Cuba buka Al-Quran & baca ayat 1 surah al-Isra', ia dimulakan dengan SUBHAANA (Maha Suci) kan?

1. Ia memberi isyarat bahawa peristiwa Isra' Mi'raj adalah peristiwa besar yang sangat hebat.

Jika kita melihat sesuatu yang hebat, indah & menarik perhatian atau mengkagumkan pasti kita akan berkata: سبحان الله. Betul tak? Kita puji Allah atas perkara hebat yang kita sedang alaminya.

Begitu juga dengan peristiwa Isra' Mi'raj ini. Tak terjangkau dek neraca akal untuk memahami & menerima kebenarannya. Hanya dengan timbangan Iman sahaja kita meyaqini setiap apa yang dilalui oleh Baginda صلى الله عليه وسلم di dalam peristiwa ini. Ia benar2 berlalu, subhana Allah.

2. "Maha Suci" di situ bermakna kita telah menafikan Allah itu sama dengan makhluk. Allah TIDAK AKAN & TIDAK PERNAH SAMA seperti makhluk dalam apa hal keadaan sekalipun. Oleh itu, bacalah kisah dalam surah ini dengan pemahaman AQIDAH yang benar.

Dalam peristiwa ini, Baginda صلى الله عليه وسلم kan diangkat ke langit. Dan dalam masa yang sama adanya pertemuan dengan Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, dari awal lagi diberi amaran jangan menyangka bahawa Allah itu berada di langit walaupun berlaku Mi'raj Baginda صلى الله عليه وسلم ke sana. Jika Allah itu di langit, maka DIA bertempat. Allah punya tempat itu adalah mustahil bagi-Nya. Maha Suci Allah sama dengan makhluk.

Saya ingatkan diri saya: "Allah yang menciptakan "di mana", maka jangan ditanya di mana Yang Menciptakan di mana itu.


  < Israk Mikraj >
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah menghadapi ujian yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.


Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu :

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.






Monday, June 3, 2013

Dikongsikan ape yang terlintas 6_______________9

Tabik la dengan manusia-manusia yang boleh menghasilkan artikel-artikel yang hebat dan mampu 'menjentik' hati manusia supaya 'sedar dari mimpi lena'. Saya yang ada  satu,dua artikel di blog Qalam Seorang Mualimah ni pun rasa kerdil sangat sebab artikel saya tidaklah sebagus artikel-artikel depa. Penulisan depa hebat. Sangat-sangat. :)
 Apa yang terlintas sekarang di fikiran:
  • erm,,,ambil masa, tak semua penulis terus pandai ke menulis. Kena selalu menulis dan menulis dan menulis.

  • Saya pun tak menerbitkan apa2 artikel di mana2 setakat ini kecuali di blog usang saya sendiri.
    Jadi, sayalah orang yang paling tidak hebat.

  • Yup, betul. Menulis ni perlukan skill, banyak pembacaan dan pengalaman. Kan?

  • bukan menulis tapi menaip...huhu

  • : ..contoh saudara Muhammad Rushdee '' hehe....Kamu hebat jugak la sebab banyak penulisan dakwah yang hebat . Lakaran lukisan tu pun satu karya yang hebat. Tabik. 


                                                                         wahid









                                                                           isnani





                                                                         thalathah








                                                                          arba`ah

                                                                                                                   yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus      
                                                                                                                            -yus Dulu kini& selamanya.-
                                                                                                
 
 
     

                                                                                         




alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas nikmat iman dan islam.

Alhamdulillah, diuji dengan ujian kesihatan... Demam + sakit tekak + penim kepala + selsema... Faktor cuaca mungkin... Bila mula tak sihat, badan mula lemah... Mula memanjakan diri menyebabkan ibadat harian terganggu.. 
Allahu!! T_T

~ Setelah sekian lama Allah beri nikmat kesihatan semalam balik daripada program Allah uji dengan kesakitan.. Alhamdullilah,, semoga hadirnya sakit ini akan membuatkan diriku bertambah mengingati-MU, Ya Allah dan semoga terhapusnya dosa-dosa kecil dengan kesakitan ini.. ...
Allahuma Ameen^^
 

                                                                                                                                                                                                    yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus      
                                                                                                                                                                                                     -yus Dulu kini& selamanya.-