Thursday, June 6, 2013

salam Isra` wa Mi`kraj

Cuba buka Al-Quran & baca ayat 1 surah al-Isra', ia dimulakan dengan SUBHAANA (Maha Suci) kan?

1. Ia memberi isyarat bahawa peristiwa Isra' Mi'raj adalah peristiwa besar yang sangat hebat.

Jika kita melihat sesuatu yang hebat, indah & menarik perhatian atau mengkagumkan pasti kita akan berkata: سبحان الله. Betul tak? Kita puji Allah atas perkara hebat yang kita sedang alaminya.

Begitu juga dengan peristiwa Isra' Mi'raj ini. Tak terjangkau dek neraca akal untuk memahami & menerima kebenarannya. Hanya dengan timbangan Iman sahaja kita meyaqini setiap apa yang dilalui oleh Baginda صلى الله عليه وسلم di dalam peristiwa ini. Ia benar2 berlalu, subhana Allah.

2. "Maha Suci" di situ bermakna kita telah menafikan Allah itu sama dengan makhluk. Allah TIDAK AKAN & TIDAK PERNAH SAMA seperti makhluk dalam apa hal keadaan sekalipun. Oleh itu, bacalah kisah dalam surah ini dengan pemahaman AQIDAH yang benar.

Dalam peristiwa ini, Baginda صلى الله عليه وسلم kan diangkat ke langit. Dan dalam masa yang sama adanya pertemuan dengan Allah سبحانه وتعالى. Oleh itu, dari awal lagi diberi amaran jangan menyangka bahawa Allah itu berada di langit walaupun berlaku Mi'raj Baginda صلى الله عليه وسلم ke sana. Jika Allah itu di langit, maka DIA bertempat. Allah punya tempat itu adalah mustahil bagi-Nya. Maha Suci Allah sama dengan makhluk.

Saya ingatkan diri saya: "Allah yang menciptakan "di mana", maka jangan ditanya di mana Yang Menciptakan di mana itu.


  < Israk Mikraj >
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah menghadapi ujian yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.


Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Namun, saya begitu tertarik dengan 2 pengajaran penting daripadanya iaitu :

1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestine dan merentasi 7 langit pada satu malam.






No comments:

Post a Comment