156.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
Kami kembali."
157.
mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari
Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayahNya.
(Surah Al-Baqarah)
KETERANGAN
Kehidupan manusia
adalah ujian. Ujian bukanlah bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang
bahkan sebagai pemangkin untuk meninggikan tahap keimananan seseorang. Manusia
yang berakal akan sentiasa positif dalam menghadapi ujian.
1. Jenis-jenis ujian daripada Allah
a. Ketakutan
Takut
adalah satu sifat yang ada pada manusia. Sekuat mana pun manusia, pasti akan
ada perasaan takut. Takut kepada mati, takut kepada makhluk lain dan
sebagainya. Manusia memang dibekali dengan sifat takut namun ketakutan itu
tidak harus melebihi daripada ketakutan kepada Allah. Firman Allah swt dalam
Surah Annuur ayat 55:
dan
ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami
ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak
mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku.
b. Kelaparan
Makhluk
di muka bumi semuanya memerlukan makanan. Makanan yang baik akan menghasilkan
sifat dan naluri yang baik. Oleh sebab itu Allah menyuruh manusia untuk memakan
benda-benda yang baik. Kelaparan akan menyebabkan manusia tidak stabil sama ada
dari segi zahir atau batin. Justeru Nabi berpesan supaya makan sebelum lapar.
c. Kekurangan harta
Harta
adalah salah satu daripada keperluan hidup. Oleh itu manusia berlumba-lumba
untuk mencari dan mengumpul seberapa banyak harta. Pengurangan harta benda
sesudah bersusah payah mendapatkannya akan menyebabkan jiwa manusia yang tidak
beriman akan meracau seterusnya akan
menjadikan tindakannya tidak menentu.
d. Kekurangan jiwa
Secara
amnya, makhluk diberi fitrah menyayangi dan berkasih sayang. Jika mereka
disentap dengan kematian orang yang disayangi, kadang-kadang dia tidak dapat
menerima takdir bahkan tidak redha.
e. Kekurangan
bekalan/hasil
Semua
kejadian alam adalah tadbir urus dari Allah. Kemarau panjang, hujan berterusan
adalah penentuan dari-Nya, justeru manusia perlu memohon anugerah dan limpah
kurniaan-Nya.
2. Cara menangani ujian
a. Kawalan emosi
Minda
yang jernih akan meneliti dan membuat koreksi terhadap perkara yang menimpanya
b. Kawalan hati
Nabi
SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam jasad ada seketul daging, apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad,
itulah hati
Jangan
biarkan syaitan menusuk jarumnya: Firman Allah dalam surah AlHijr ayat 42:
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada
bagimu sebarang Kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa Yang menurutmu
dari orang-orang Yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
c. Kawalan tindakan:
i. Lidah mengungkapkan perkataan yang baik
ii. Tangan tidak melakukan tindakan melampau
iii. Kaki tidak melangkah ke tempat yang tidak elok
iv.
Badan melakukan solat
3.
Hasil menangani ujian dengan baik
a. Keampunan dari
Allah
b. Mendapat
keprihatinan Allah
No comments:
Post a Comment