Wednesday, July 24, 2013

Tazkirah Ramadhan....PART 1

Disebalik kesenangan dan kelebihan itu, akan hadir ujian takabbur, riyak dan sombong..
Dan disebalik kesusahan dan kekurangan itu, akan hadir juga ujian putus asa, lemah dan tidak redha..

Mungkin orang mengatakan ujian kesenangan itu mudah kerana ia melibatkan kesyukuran sahaja, namun kenapa Allah beberapa kali berfirman, "Terlalu sedikit manusia itu bersyukur."?

Mungkin orang mengatakan ujian kesusahan itu sukar kerana ia melibatkan kesabaran dan kesyukuran, namun ingatlah janji Allah kepada orang yang bersabar ada banyak ganjarannya...

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."[An-Nahl ayat 96]

 Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan dunia ini wujud tanpa manusia diuji dan diduga..
Tapi Dia berjanji akan mengurniakan ganjaran hebat bagi sesiapa yang sabar dan redha dalam menghadapinya.

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya." [Al-Kahfi ayat 7]

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"[Al-Ankabut ayat 2]

Ingatlah bahawa, semakin hebat seseorang disisi Allah Ta'ala ataupun semakin sayang Allah terhadapnya, maka semakin kuat dan hebatlah ujian yang akan menimpanya..
Bukan tanda membenci, bukan juga tanda untuk menjauhkan, akan tetapi tujuannya untuk menjadikan hambaNya itu semakin rapat dan dekat kepadaNya melalui rintihan, munajat dan do'a yang selalu dipanjatkan kepadaNya... SubhanAllah.



                                                                            yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus      
                                                                                                                                                                                                  -yus Dulu kini& selamanya.-
                                                                                     




Sunday, July 14, 2013

Pelaksanaan Program Ihya' Ramadhan Di Sekolah Rendah / Sekolah Menengah pada tahun 2013 / 1434H

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Guru Besar / Pengetua
Sekolah Rendah / Sekolah Menengah
Tuan,
Pelaksanaan PROGRAM Ihya’ Ramadhan  di Sekolah Rendah / Sekolah Menengah pada tahun 2013 / 1434H
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan usaha mempertingkatkan amalan penghayatan Islam di kalangan murid-murid, guru dan kakitangan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri mencadangkan agar setiap sekolah menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang difikirkan sesuai di peringkat sekolah kepada murid-murid, guru dan kakitangan beragama Islam.
3.         Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadhan hendaklah dirancang dengan rapi agar matlamatnya tercapai. Setiausaha Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah (MAKDIS) dan Panitia Pendidikan Islam hendaklah merangka aktiviti di sekolah masing-masing.
4.         Pihak sekolah juga dikehendaki menghantar laporan pelaksanaan aktiviti secara dalam talian melalui portal www.spiperak.bpi.edu.my dan satu salinan (secara hardcopy) kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 13 September 2013.
5.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pihak berkenaan.
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Dakwah & Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam



Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Bertandang lagi...AHLAN !!!


Bulan Ramadhan datang lagi, ini bermakna usia kita sudah meningkat setahun berbanding Ramadhan tahun lepas, lalu kita semua semakin mendekati garisan penamat iaitu kematian. Kita semua bergerak jalan sehala ‘oneway’ , sekali kita melangkah masa yang berlari bersama kita tidak sudi mengundurkan diri. Kita berjalan seiring masa. Detik demi detik kita semua semakin mendekati garisan penamat.

Alangkah ruginya kalau kita hanya berfikir untuk hidup di dunia sahaja tanpa sedikitpun terfikir untuk bersedia menghadapi hidup akhirat yang kekal abadi.

Lebih malang lagi apabila kita bersedih , menangis dan berhiba kerana kematian orang-orang tersayang di sekitar kita. Sahabat, rakan dan kaum keluarga yang terlebih dahulu meninggalkan kita pergi ke dunia yang satu lagi namun tidak pernah kembali bercerita tentang kehidupan dunia baru. Sedangkan sesaatpun kita tidak pernah menangis dan bersedih mengenangkan nasib bagaimana yang akan kita lalui di dunia yang satu lagi. Barangkali itu yang dimaksudkan dengan ‘sesal dahulu pendapatan’.

Adakah kita cukup pintar apabila tidak pernah terfikir mengenai kehidupan akan datang yang baik dan kekal abadi ? namun setiap tumpuan, pemikiran daya usaha dan harta semata-mata kita arahkan untuk kehidupan di dunia ini.

Bertafakkurlah seketika … kenangkanlah nasib bagaimana yang akan kita lalui di akhirat nanti . cukupkah persediaan yang ada ?? bagaimana akan kita lalui setiap detik dan saat bermula dari menghadapi kematian, alam kubur , padang mahshar , titian siraat dan banyak lagi …

Barangkali ramai di kalangan kita sudah kehilangan kesan tarbiah Ramadhan yang kita lalui sepanjang tahun lepas. Rebutlah tawaran Ramadhan tahun ini sepenuhnya, agar kita merasai indahnya Ramadhan … hadapilah Ramadhan kali ini seakan inilah Ramadhan terakhir kita .



ambil pen.
ambil kertas.
takpun taip jea kat microsoft word nie pastu print...
listkan semua target kita untuk Ramadhan kali ini....

biar la orang nak kata,

"ala... mula-mula je tu!"
"kau tak payah bajet alim laa"

Buat yg terbaik yea sahabat untuk Ramadhan kali nie yang paling penting, IKHLASkan niat.... Jangan jadi hamba Ramadhan... Jangan jadi hamba lailatul qadar tapi jadilah hamba ALLAH insyaAllah amalan ini akan berterusan meskipun ramadhan akan berlalu nanti... ^_^

# Tak terlambat lagi nak buat Mutabaah Amal... jumm~~~
 
                                                 yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus      
                                                                                               -yus Dulu kini& selamanya.-





Saturday, July 6, 2013

Inilah realiti sekarang,Masalah umat NO 1.......

Kita hidup dalam zaman yang mana tidak sampai lagi zaman islam menang, buat macam mana pun islam tidak akan menang....sebab islam akan melalui 4 fasa zaman :

1) Zaman Nubuwwah - Zaman para2 nabi dr Adam sampai Muhammad - TELAH BERLALU.

2) Zaman Khulafa Ar Rashidin - Za
man Pemerintahan Saidina Abu Bakar, Umar Al Khatab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib - TELAH BERLALU.

3) Zaman Fitnah (Kejatuhan Islam) - Bermula pada 1492 apabila Kerajaan Islam di Sepanyol tumbang di tangan Tentera Kristian dan umat islam terus di bunuh dari masa ke semasa sehingga ke hari ini dan umat islam di pimpin oleh pemimpin yg islam munafik - SEDANG BERLAKU.

4) Zaman Kebangkitan (Kemenangan Islam) - Zaman turunnya Imam Mahdi & Nabi Isa di mana pada waktu itu seluruh dunia di perintah oleh Syariat Islam dan dunia berada dalam keadaan aman dan damai - BELUM BERLAKU.

kita sekarang hidup dlm fasa ke 3 - zaman kejatuhan islam....kejatuhan islam bermaksud umat islam di mana2 saja di bunuh, di pijak, di sembelih sehina2nya....namun janji Allah tetap pasti....islam ini akan bangkit memerintah dunia buat kali terakhir sebelum berlakunya kiamat...iaitu pd zaman fasa ke 4 - zaman kebangkitan (kemenangan)...di waktu itu islam akan memerintah dunia sekali lagi...beruntunglah org2 islam yang hidup pada zaman itu kerana mereka hidup dalam zaman islam penuh kemuliaan....cuma di zaman kita hidup ni kita di takdirkn hidup dlm zaman kejatuhan islam dalam keadaan islam itu penuh kehinaan dgn apa yang berlaku sekarang...wallahualam.....''



ayuh perjuangkan,pertahankan Islam tercinta...Islam syumul..'' 



                   


                                                        yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus      
                                                                             -yus Dulu kini& selamanya.-






HANYA PADAMU KU BERSERAH.....



























kegelapan..kegagalan..kekalahan..
kegelapan, diperlukan bintang dan bulan untuk bersinar..
kegagalan, diperlukan seseorang untuk mencipta kejayaan..
kekalahan, diperlukan seseorang untuk bangkit mencipta kemenangan..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)




                                       yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus      
                                                                                                                                                                                                                                                                         -yus Dulu kini& selamanya.-