Disebalik kesenangan dan kelebihan itu, akan hadir ujian takabbur, riyak dan sombong..
Dan disebalik kesusahan dan kekurangan itu, akan hadir juga ujian putus asa, lemah dan tidak redha..
Mungkin orang mengatakan ujian kesenangan itu mudah kerana ia melibatkan kesyukuran sahaja, namun kenapa Allah beberapa kali berfirman, "Terlalu sedikit manusia itu bersyukur."?
Mungkin orang mengatakan ujian kesusahan itu sukar kerana ia melibatkan kesabaran dan kesyukuran, namun ingatlah janji Allah kepada orang yang bersabar ada banyak ganjarannya...
"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."[An-Nahl ayat 96]

Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan dunia ini wujud tanpa manusia diuji dan diduga..
Tapi Dia berjanji akan mengurniakan ganjaran hebat bagi sesiapa yang sabar dan redha dalam menghadapinya.
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya." [Al-Kahfi ayat 7]
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"[Al-Ankabut ayat 2]
Ingatlah bahawa, semakin hebat seseorang disisi Allah Ta'ala ataupun semakin sayang Allah terhadapnya, maka semakin kuat dan hebatlah ujian yang akan menimpanya..
Bukan tanda membenci, bukan juga tanda untuk menjauhkan, akan tetapi tujuannya untuk menjadikan hambaNya itu semakin rapat dan dekat kepadaNya melalui rintihan, munajat dan do'a yang selalu dipanjatkan kepadaNya... SubhanAllah.

syukran ats tazkirah... so nice =)
ReplyDeleteafwan...~~!
ReplyDelete