Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Bertandang lagi...AHLAN !!!


Bulan Ramadhan datang lagi, ini bermakna usia kita sudah meningkat setahun berbanding Ramadhan tahun lepas, lalu kita semua semakin mendekati garisan penamat iaitu kematian. Kita semua bergerak jalan sehala ‘oneway’ , sekali kita melangkah masa yang berlari bersama kita tidak sudi mengundurkan diri. Kita berjalan seiring masa. Detik demi detik kita semua semakin mendekati garisan penamat.

Alangkah ruginya kalau kita hanya berfikir untuk hidup di dunia sahaja tanpa sedikitpun terfikir untuk bersedia menghadapi hidup akhirat yang kekal abadi.

Lebih malang lagi apabila kita bersedih , menangis dan berhiba kerana kematian orang-orang tersayang di sekitar kita. Sahabat, rakan dan kaum keluarga yang terlebih dahulu meninggalkan kita pergi ke dunia yang satu lagi namun tidak pernah kembali bercerita tentang kehidupan dunia baru. Sedangkan sesaatpun kita tidak pernah menangis dan bersedih mengenangkan nasib bagaimana yang akan kita lalui di dunia yang satu lagi. Barangkali itu yang dimaksudkan dengan ‘sesal dahulu pendapatan’.

Adakah kita cukup pintar apabila tidak pernah terfikir mengenai kehidupan akan datang yang baik dan kekal abadi ? namun setiap tumpuan, pemikiran daya usaha dan harta semata-mata kita arahkan untuk kehidupan di dunia ini.

Bertafakkurlah seketika … kenangkanlah nasib bagaimana yang akan kita lalui di akhirat nanti . cukupkah persediaan yang ada ?? bagaimana akan kita lalui setiap detik dan saat bermula dari menghadapi kematian, alam kubur , padang mahshar , titian siraat dan banyak lagi …

Barangkali ramai di kalangan kita sudah kehilangan kesan tarbiah Ramadhan yang kita lalui sepanjang tahun lepas. Rebutlah tawaran Ramadhan tahun ini sepenuhnya, agar kita merasai indahnya Ramadhan … hadapilah Ramadhan kali ini seakan inilah Ramadhan terakhir kita .



ambil pen.
ambil kertas.
takpun taip jea kat microsoft word nie pastu print...
listkan semua target kita untuk Ramadhan kali ini....

biar la orang nak kata,

"ala... mula-mula je tu!"
"kau tak payah bajet alim laa"

Buat yg terbaik yea sahabat untuk Ramadhan kali nie yang paling penting, IKHLASkan niat.... Jangan jadi hamba Ramadhan... Jangan jadi hamba lailatul qadar tapi jadilah hamba ALLAH insyaAllah amalan ini akan berterusan meskipun ramadhan akan berlalu nanti... ^_^

# Tak terlambat lagi nak buat Mutabaah Amal... jumm~~~
 
                                                 yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus      
                                                                                               -yus Dulu kini& selamanya.-





No comments:

Post a Comment