1. TIDAK MENSYIRIKKAN AllAH Taala DENGAN SESUATU PUN.
2. BERDOA SELEPAS AZAN
Sabda Nabi s.a.w yang bermasud: " Apabila mendengar azan maka jawablah seperti kata muazin. Kemudian selepas azan berdoalah memohon untukku mendapat wasilah (tempat tertinggi) di akhirat kelak."
3. BANYAK BERSELAWAT KE ATAS NABI
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih selawatnya kepadaku.
4. MENETAP DI MADINAH
" Sesiapa yang bersabar atas keperitan hidup di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat." (HR Muslim)
5. PERBANYAKKAN SEMBAHYANG SUNAT
Dalam sebuah hadis ada meriwayatkan bahawa seorang lelaki yang berkhidmat untuk nabi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w. " Hajatku ialah memperolehi syafaat engkau pada hari kiamat nanti." Jawab Nabi: " Boleh, dengan engkau membantu aku dengan banyak bersujud." (HR AHMAD)
6. TUNAIKAN HAJAT ORANG ISLAM
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang membantu saudaranya untuk satu keperluan maka aku akan duduk dekat timbangannya pada hari kiamat jika timbangan baiknya berat maka beruntunglah akan dia, tetapi sekiranya sebaliknya maka aku akan berikan syafaatku kepadanya."
7. BERSAUDARA KERANA ALLAH
Nabi bersabda yang bermaksud: " Aku akan memberikan syafat kepada dua orang yang bersaudara kerana Allah, bermula daripada aku diutuskan sehinggalah ke hari kiamat."
No comments:
Post a Comment