Ya Allah....Aku
sujud mengadap kiblat-Mu, Pinjaman kesenangan harta-Mu padaku tiada
lain selain menguji diriku juga. Limpahan rezeki yang Kau beri bukan
sedikit untuk mengujiku.
Ya Allah, pimpinlah diriku supaya pinjaman harta dunia ini dapat aku belanja ke jalan-Mu.
Aku berdoa kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahim, supaya kebendaan yang kau pinjamkan tidak menutup mataku, telingaku dan mindaku.
Ringankanlah tangan ini untuk menolong umat-Mu yang Kau uji dengan kesusahan dan kesulitan.
Dengan rezeki yang Kau pinjamkan juga aku berdoa supaya menjadikan aku lebih kecil dan sedar diri bahawa rezeki pinjaman-Mu adalah untuk dikejar, bukan menanti ia bergolek.
Rezeki pinjaman-Mu juga menjadi bekalan untuk aku mengejar ilmu akhirat dan beribadah ke jalan-Mu.Jadikan aku sentiasa sedar apa yang Kau beri juga boleh Kau ambil semula.
Kemampuanku juga tidak seperti mukjizat yang Kau pinjamkan pada Nabi pemimpin kami. Tutuplah kelemahanku dan aibku kerana aku insan lemah yang kadangkala tersasar perlakuan serta kembalikan aku ke jalan-Mu.
Peliharalah aku dan saudaraku daripada kata fitnah yang membinasakan, gangguan syaitan yang menyesatkan, penyakit yang memudaratkan dan kemalangan yang mengerikan.
Dengan kehebatan Mu pada ketika Istikharah saja dapat membimbing aku meniti dunia penuh kekaburan
.ni bile ntah...peace..=)
yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus-Yus
-yus Dulu kini& selamanya.-
hehe.... insyallah sama-sam jadi yang baik disisi allah..
ReplyDeleteros comey tudung tu hehehee boleh pinjam pah ni kah kah kah
Hahahhaha....boleyhhhh sesangat awok weyhh...blh promote nih...hew hew
ReplyDelete