skip to main |
skip to sidebar
Syafaat Nabi s.a.w ada beberapa jenis ....:-
1. SYAFAATUL UDHMA (SYAFAAT TERBESAR)
Syafaatul Udhma adalah syafaat terbesar dan hanya dimiliki oleh
Rasulullah s.a.w. Doa baginda untuk memberi syafaat kepada seseorang
akan kemudiannya dimakbulkan oleh Allah. Perkara ini dijelaskan dalam
beberapa hadis sahih. Umpamanya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: "
Aku adalah penghulu manusia pada hari kiamat. Tahukah kamu mengapa?
Allah akan mengumpulkan manusia pada hari kiamat; manusia yang terdahulu
dan kemudian di satu padang lalu mereka datang kepadaku dan berkata, "
wahai Muhammad, engkaulah Rasulullah, penutup segala nabi dan Allah
telah ampunkan dosamu yang dahulu dan terkemudian maka mintalah syafaat
daripada Tuhanmu untuk kami, tidakkah engkau melihat keadaan kami dan
kesulitan kami? Lalu aku bergegas pergi ke Arasy.." (HR Al-Bukhari )
2. SYAFAAT UNTUK AHLI SYURGA AGAR DIPERCEPATKAN MEMASUKI SYURGA.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud;" Aku akan pergi ke pintu syurga
memohon dibukakan pintunya. Maka berkata penjaga pintu syurga tersebut. "
Siapakah engkau?" Aku menjawab: ' Aku Muhammad.' Lalu berkata penjaga
pintu tersebut. 'Aku diperintahkan untuk membuka pintu ini hanya kepada
engkau Ya Muhammad, bukan untuk orang lain sebelum engkau'. (HR Muslim)
Hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w adalah orang yang pertama minta
dibukakan pintu syurga dan orang yang pertama yang memasuki syurga.
3. SYAFAAT UNTUK ORANG BERIMAN YANG BERBUAT MAKSIAT AGAR DIKELUARKAN DARIPADA NERAKA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA.
Nabi s.a.w boleh memberi syafaat kepada umatnya yang berbuat maksiat
asalkan tidak meyekutukan Allah s.w.t. Ini berdasarkan hadis Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:" Akan keluar sekumpulan manusia daripada neraka
dengan syafaat Muhammad. Lalu mereka masuk syurga dan mereka digelar
sebagai ' Jahannamiyyin" (HR Bukhari dan Abu Daud)
4. SYAFAAT UNTUK SEKUMPULAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W YANG MASUK SYURGA TANPA DIHISAB.
Dari Abu Umamah sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanku telah
berjanji kepadaku untuk memasukkan ke dalam syurga seramai 70,000 orang
daripada umatku tanpa hisab mahupun azab. Bersama setiap seribu ditambah
lagi dengan 70,000 (HR Al-Tirmizi)
5. SYAFAAT UNTUK ORANG KAFIR
Syafaat ini hanya khusus kepada bapa saudara nabi iaitu Abu Talib
sahaja kerana jasanya yang sering melindungi dan mempertahankan nabi
daripada ancaman orang-orang musyrikin.
yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus
-yus Dulu kini& selamanya.-
No comments:
Post a Comment