Dengan Menyebut Namamu ya ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
- Subhana ALLAH ( Maha Suci ALLAH )
Ungkapan
lafaz zikir subhanallah ini adalah tidak lain dan tidak bukan demi
menyatakan bahawasanya hanya ALLAH yg bersifat suci dari segala yang
bersifat kotor atau tidak suci. Lazimnya kita manusia seringkali
melakukan dosa dan bersifat kotor terhadap diri sendiri, sebagaimana
yang telah kita ketahui setiap dosa yang kita lakukan akan meninggalkan
satu titik hitam pada hati kita. Jadi lafaz zikir subhanallah dan
istighfar itu adalah tidak lain hanyalah untuk membuang titik-titik
hitam yang masih berbekas di hati kerna kelakuan dosa kita. Untuk
menyucikan diri kita dengan memohon penuh pengharapan akan dikurniakan
kesucian hati yg sebenar dari yg Maha Suci.
- Alhamdulillah ( Segala Puji Bagi ALLAH )
Bagaimana
mungkin akan terlahir ucapan syukur seikhlas hati dengan erti kata lain
syukur diatas rasa syukur yg sebenar-benarnya tanpa kesucian dari dalam
hati yang terdalam? yang mana ucapan itu akan terlahir dari jiwa yang
penuh ikhlas dengan niat memuji ALLAH kerna limpahan kurnianya kepada
kita. Ramai org yang pandai mengucapkan syukur apabila menerima sesuatu
kepujian atau rezeki akan tetapi berapa ramai yang masih mampu
mengucapkan Alhamdulillah ketika didalam kesulitan? Sedangkan kesulitan
dan kesenangan itu kedua-duanya adalah kurniaanNYA. Jarang ada yg mampu
mengucapkan lafaz syukur itu ketika ditimpa musibah. Astaghfirullahal
Azim. Mengapa sangat sedikit aku bersyukur?
- La Ilaha Illa ALLAH ( Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan ALLAH )
Jika
hati sudah suci dengan lafaz SubhanaALLAH dan kesyukuran telah terlahir
dalam susah mahupun senang. Zikrullah dgn lafaz La Ilaha Illa ALLAH
akan mampu kita jalani tanpa ragu lagi. Kebiasaannya diri ini
mengucapkan kalimah La Ilaha Illa ALLAH dengan hanya melafazkan dibibir
akan tetapi tidak dengan perlakuan dan rohani. Astaghfirullah, sangat
goyah jiwa ini dalam langkah. Itulah sebabnya ucapan zikrullah dgn lafaz
La ilaha Illa ALLAH ini susun aturnya terletak pada susunan yang ketiga
bilamana diri telah berjaya disucikan dan dalam diri sudah tertanam
rasa syukur dengan apapun yg menimpa jadi tanpa ragu setiap langkah kita
berjalan La Ilaha Illa ALLAH yg menjadi teman.
- Allahu Akbar ( Allah Maha Besar )
Apabila
zikir yang tiga diatas berjaya diterapkan dengan baik ke dalam hidup
dan langkah perjalanan kita, maka yang terkemudiannya barulah kita dapat
melihat Kebesaran dan Kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara yang kita
lihat, perkara yang kita dengari, dan lafaz kata dari sesiapapun akan
menunjukkan kebesaran ALLAH dan menemukan kita dengan kekuasaanNYA.
- Kesimpulan
Kehidupan
manusia tidak lari dari dosa dan noda setiap hari, setiap masa dan
setiap detik. Akan tetapi boleh disucikan dengan lafaz subhanaALLAH dan
yg seangkatan dengannya yang bertujuan untuk menghapuskan atau
menyucikan diri dari dosa. Kemudiannya, barulah kita akan dapat
mensyukuri segalanya yang terjadi dengan lafaz Alhamdulillah meskipun
yang hadir diketika itu adalah musibah atau ujian yg berat tetapi masih
mampu kita syukuri dengan Ahamdulillah dan terus tersenyum. Kemudiannya,
barulah ucapan kalimah La Ilaha Illa ALLAH itu dapat dijalani dengan
lebih nikmat dan terasa kemanisannya. Akhir sekali barulah kita dapat
menyaksikan kebesaran ALLAH ( Allahu Akbar ) dalam setiap segala yang
terjadi tidak kira dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil
perkara. Wallahu a'lam.
Apa yang aku nukilkan dan susun aturnya mengikut apa yang disarankan kepada kita agar berzikir dengan lafaz-lafaz ini selepas solat ( zikir selepas solat ) dan susun atur ini tidaklah sia-sia. Hidup ini penuh dengan HikmahNYA baik yang tersurat mahupun yang tersirat. Aku bukanlah manusia mulia. Tetapi ingin aku ditempatkan di syurga yang menjadi tanda KemuliaanNYA ALLAH tuhanku dan kalian itu.
'' Ya Rahman Ya Rahim. Ampunilah segala kerosakan yang telah aku lakukan dalam amalku. Ampuni ketelanjuran kata-kataku. Kau peliharalah aku dan kami semua dengan RahmatMu ".
No comments:
Post a Comment