Jodoh. Ramai orang risau tentangnya. Saya bukan malaikat,
saya manusia biasa. Punya hati & perasaan (ayat tambahan hihi). Tapi betul,
saya manusia tulen Dan saya tidak risau tentangnya, alhamdulillah. Saya dalam
golongan sedikit.
Prinsip yang saya pegang ialah "jika ada jodoh, ahlan
wasahlan (terima), jika tiada ma'assalamah (lupakan)". Ia positif kepada
minda & aktiviti harian. Tidak malu dengan makhluk sekeliling &
kawan-kawan yang kebanyakannya sudah berumahtangga & punya anak. Malu yang
sepatutnya bila kita melakukan dosa & mendatangkan murka Allah. Haa, yang
tu wajib malu.
Memilih? Laaaa, nak beli aiskrim pun pilih perisa, kan. So
tak salah memilih. Bahkan kena pilih. Bukannya asal orang datang melamar sahaja
terus terima takut sangat jadi andartu. Semua itu adalah karut marut.
PENTING: Jangan terburu-buru dalam menerima lamaran. Siasat
dulu, tanya pendapat orang-orang soleh & solat istikharah. Jangan
terburu-buru & letakkan yang utama sebagai pilihan adalah AGAMANYA. Kerana
jika tidak, anda akan menyesal. Menyesal sungguh-sungguh.
Enjoylah dengan kehidupan ini. Bukan menolak jodoh, tapi
yaqin jodoh belum hadir atau jodoh mati dulu Selalu saya katakan:
"Berjalanlah tanpa menunggu jodohmu. Lakukan amalan harian dengan ceria.
Plan masa depan yang berguna & hargailah hidup ini dengan sebaiknya
sehingga sentiasa nampak Jamal-Nya Allah yang Allah sayangkanmu."
Saya buat contoh saya, bukan kerana saya mahu berlagak atau
apa. Saya hanya mahu memberitahu sahabat bahawa saya mampu bahagia walaupun
saya masih belum berumahtangga. Tak matinya. Allah Tuhan kita & DIA
matlamat hidup kita, kan. Minta jauh ganggu rumahtangga orang lain pula. Minta
jauh ya Allah.
So, jika tak mampu bergelar isteri orang, tapi masih mampu
bergelar "HAMBA ALLAH", kan.
Don't be sad la sahabat
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment