Hari sabtu 12/10/13 saya menunggu detik untuk pulang beraya di kampung tercinta. Ramai yang
amik cuti sempena Raya Korban bagi yang ingin pulang ke Pantai Timur walaupun cuti raya kali ini tidak panjang. Namun saya tidak berbuat demikian atas urusan yang penting terpaksa datang jua hari raya kedua..( mood ngah rayer,jamu makan daging hehe ). Raya Aidil Adha adalah perayaan terbesar
umat Islam. Sambutan Aidil Adha sepatutnya kena jauh lebih meriah dari
Aidil Fitri. Tapi keadaan ni belum lagi berlaku di Malaysia. Cuma
beberapa negeri sahaja yang nampak meriah meraikan Aidil Adha.
Pada hari Selasa 15 oktober 2013 bersamaan 10 zulhijjah semua muslimin dan muslimat menyambut hari raya qurban...salam eiduladha.Alhamdulillah taqoballahuminna wa minkum....~
Pada hari Selasa 15 oktober 2013 bersamaan 10 zulhijjah semua muslimin dan muslimat menyambut hari raya qurban...salam eiduladha.Alhamdulillah taqoballahuminna wa minkum....~
'' Aidil Adha mengajar kita akan kepentingan berkorban demi mencapai sesuatu yang lebih baik. Dalam pengorbanan ada keperitan, dan keperitan tersebut akan membawa kepada kemanisan hidup ''.
No comments:
Post a Comment