Sunday, February 17, 2013

KISAH NABI SULAIMAN DENGAN RATU BALQIS (Kebijaksanaan Hud-Hud )


                                       ( Gambar : Burung Hud-Hud )

Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,
Bermain pasir bersama rakan,
Kebijaksanaan hud-hud pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Tersebutlah kisah suatu cerita,
Nabi Sulaiman yang bijaksana,
Memerintah kerajaan adil dan saksama,
Bersama haiwan-haiwan boleh berbicara.


Rakan-rakan sekalian,


Pengenalan
Hud-hud adalah sejenis burung belatuk dan merupakan binatang kepercayaan nabi sulaiman yang telah berjaya menemui Kerajaan Saba’ yang diperintah oleh Ratu Balqis yang mana penduduknya menyembah matahari.

Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Nabi Sulaiman semakin terserlah. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Setelah kewafatan Nabi Daud, maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi.
Pengajaran yang dapat diambil ialah Pertama : Kita hendaklah menunjukkan kasih sayang kita kepada makhluk Allah agar dapat menyebabkan datangnya kasih sayang Allah kepada kita.Allah memiliki sifat Ar-rahman dan Ar-rahim. Sifat ini paling banyak disebut kerana sifat ini mengatasi sifat lain. Allah sendiri menciptakan alam semesta agar makhluk-Nya boleh merasakan cinta dan kasih sayang-Nya.
Firman Allah swt : Maka tidak lama kemudian {datanglah hud-hud} lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang belum kamu mengetahuinya dan kubawa kepadamu dari negeri Saba' suatu berita penting yang diyakini.( Al-Naml22 )
Rakan-rakan yang dikasihi,
Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber air.Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman.
Sebagaimana Firman Allah SWT ” Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata’mengapa aku tidak melihat Hud-Hud?adakah ia dari mereka yang tidak hadir?” an-Naml 20
            Selepas itu, burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan di Negeri Saba’…”
“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang memerintah Saba’ dan mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah…”
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat yang mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Pengajaran yang kedua dapat kita ambil :Kita hendaklah berfikir sejenak sebelum membuat sesuatu tindakan kerana kita tidak tahu bahawa kita telah menyakiti hati seseorang. Kadangkala kita terlalu cepat membuat keputusan untuk melakukan sesuatu dalam keadaan marah. Tanpa mengetahui perkara yang sebenar atau hanya mengetahuinya daripada sebelah pihak.
Rakan-rakan sekalian,
Maksudnya:
 “Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan (Balqis) yang memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar” Surah an-Naml 23.
Demikian juga sifat yang ada pada Hud-Hud yang diterjemahkan,firmannya yang bermaksud
 “Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan syaitan pula memperelok pada pandangan mereka akan perbuatan syirik mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar) Oleh itu mereka tidak mendapat petunjuk” an-Naml 24
 
“(Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi dilangit dan dibumi dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan”. an-Naml 25
Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Nabi Sulaiman.Pengajaran yang ketiga: Kita hendaklah mematuhi arahan dan sebagai hambanNYA wajib mentaati perintahNYA dan bertindak kerana berada di pihak yang benar.( berani kerana benar )
Rakan-rakan sekalian,
Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini membuatkan Ratu Balkis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dahulu dan beliau memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.
Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Nabi Sulaiman bertanya : “Seperti inikah singgahsanamu?” Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama seperti singgahsanaku”. Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Penutup
Berkatalah Sulaiman; “Sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca”. Berkatalah Balqis; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.”
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman. Setelah menerima utusan Nabi Sulaiman a.s., rombongan ratu Balqis berangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan hidayahNya yang tiada ternilai kepada Balqis dan pengikutnya untuk beriman dan mentauhidkan Allah,

'' Masa sangat mencemburui saya,
  Terpaksa berhenti disini sahaja,
  Begitulah kisah Hud-hud yang bijaksana,
  Jadikan tauladan kita semua.''

Sekian, terima kasih.
Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh....


{ Teks cerita sempena majlis Tadarus Al-Quran Sekolah Rendah 2013: edited by:yus_5s@yahoo.com / rosSKA)
                                                                                                  
                                                                                                                    yus-YUS-yus-YUS-yus-YUS-yus  
                                                                                                                -yus Dulu kini& selamanya.-
 




7 comments:

  1. slam..
    Mohon share sedikit cerita di atas..

    Aziekamarul82@gmail.com

    Syukran

    ReplyDelete
  2. mohon share ...syukran jazillan

    ReplyDelete
  3. “Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?”, tanya baginda.

    Pertanyaan tersebut telah disahut oleh sejenis jin yang cerdik bernama Ifrit yang menjawab, “Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai”.

    Jin Ifrit menganggap dirinya benar-benar kuat untuk membawa singgahsana Puteri Balqis dalam kadar yang pantas iaitu sebelum pun nabi Sulaiman (a.s.) berdiri dari keadaan duduknya.Tiba-tiba seorang hamba Allah dari kalangan manusia yang dikurnia ilmu Allah SWT dari al-Kitab pula menyahut, “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Sebelum sempat mata Nabi Sulaiman (a.s.) berkedip, maka tersergamlah singgahsana Puteri Balqis di hadapan baginda.

    ReplyDelete