Tetamu ialah orang yang
berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput.
Tetamu wajib dilayan dengan
layanan yang istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutamanya pada hari
pertama mereka menjadi tetamu.
Adab terhadap tetamu:
1. Memberikan layanan yang baik.
2. Bersifat ikhlas dan berlapang
dada.
3. Menunjukkan muka yang manis.
4. Menyediakan jamuan mengikut
kemampaun.
5. Menyediakan kemudahan yang
baik kepada ahli keluarga.
Adab sebagai tetamu:
1. Berkunjunglah mengikut masa
yang sesuai.
2. Berilah salam terlebih dahulu
sebelum masuk ke rumah.
3. Masuk ke dalam rumah setelah
dijemput atau duduk di tempat yang disediakan dengan sopan.
4. Makan makanan yang disediakan
dengan sopan apabila dijemput.
5. Ucapkan terima kasih terhadap
layanan yang diberikan.
6. Ucapkan salam sebelum pulang.
Implikasi tidak beradab dengan
tetamu:
1. Menimbulkan pergaduhan dan
perpecahan.
2. Menghilangkan kasih sayang
dikalangan anggota masyarakat.
Kelebihan melayan tetamu:
1. Murah rezeki, mendapat rahmat
dan berkat daripada Allah.
2. Mendapat ganjaran pahala dan
keampunan Allah.
3. Bertambah kasih sayang antara
tetamu dan tuan rumah yang dikunjungi.
4. Mengeratkan silaturahim dan
mempuk semangat perpaduan.
Batas-batas pergaulan bersama-sama
tetamu:
1. Memakai pakaian yang bersih,
kemas dan menutup aurat.
2. Menjaga suasana rumah supaya
tidak menganggu ketenteraman tetamu.
3. Elakkan daripada melakukan
sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu.
4. Memaklumkan kepada tetamu sekiranya ingin meninggalkan
rumah kerana ada tugasan luar
No comments:
Post a Comment