Wednesday, February 20, 2013

Pokok Semalu Yang tahu malu....

 
Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW, berjalan-jalan bersama Saidatina Fatimah r.a, Setibanya mereka di bawah pokok tamar, Fatimah terpijak pokok semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan apalah gunanya pohon semalu berada di situ dengan nada sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasullullah menyambung kata-katanya lagi. para wanita hendaklah mengambil 4 aspek pengajaran daripada pohon semalu ini.
                               Pokok Semalu
 1. Pohon semalu kuncup apabila disentuh ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya/ bertempat)

2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah.

4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu wanita sekalian kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan kecil..




No comments:

Post a Comment